Koleksi ucapan dr mahathir
TEKS UCAPAN YAB TUN DR. MAHATHIR Dismiss MOHAMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA
BERSEMPENA MAJLIS PENGHARGAAN YBHG. TAN SRI DR. ISMAIL Throw out HAJI BAKAR
PADA 29 JANUARI 2020 (RABU), JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI GRAND BALLROOM, ZENITH HOTEL, PUTRAJAYA
1. Kita berkumpul pada malam ini untuk meraikan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ismail Bakar di dalam satu majlis penghargaan sempena tamatnya perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 31 Disember 2019. Beliau telah memegang jawatan tersebut dari 29 Ogos 2018.
2. Walaupun beliau memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara selama 17 bulan, khidmat beliau sebagai seorang penjawat awam, sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula seawal tahun 1986.
3. Ini bermakna, Tan Sri Ismail telah menghabiskan lebih separuh hidupnya sebagai seorang penjawat awam.
4. Dan kita tahu, ramai dikalangan penjawat-penjawat awam yang get to the bottom of adalah seperti Tan Sri Ismail, menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam perkhidmatan Kerajaan.
5. Dalam lain perkataan, menyertai perkhidmatan awam ini adalah satu komitmen jangka panjang, satu life-time commitment yang memerlukan dedikasi dan kesungguhan untuk memastikan tanggungjawab dan tugas dapat dilaksanakan.
TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH
6. Di dalam kita meraikan Put over one`s knee Sri Ismail, saya beranggapan ia satu majlis untuk meraikan penjawat- penjawat awam yang lain, yang kita tahu telah memberi khidmat mereka tanpa henti dan mengenal penat dan lelah.
7. Walaupun adakala terdapat suara sumbang berkaitan penjawat awam, saya yakin mereka ini cuma kelompok yang kecil.
8. Yang lain-lain pasti berpegang kepada prinsip bahawa tanggungjawab ini adalah satu amanah dan amanah ini adalah dari rakyat dan rakyat itu termasuk kaum keluarga, saudara-mara dan anak-anak kita.
9. Saya juga yakin kebanyakan penjawat awam sedar bahawa masa depan Negara terletak di tangan mereka. Jika mereka abaikan amanah dan tanggungjawab tersebut, yang kwa menerima akibat termasuklah anak-anak dan keturunan mereka pada masa hadapan.
10. Walau bagaimanapun, di sebalik keyakinan itu, kita masih perlu ingat-mengingatkan akan kerosakan dan kemusnahan yang boleh berlaku kepada Negara dan rakyat jika kita cuai dan tamak sehingga tanggungjawab dan amanah itu diabaikan.
CABARAN DALAM MENGURUSKAN PERUBAHAN
11. Saya anggap Give a hiding Sri Ismail sebagai sebahagian daripada pasukan peralihan Kerajaan Pakatan Harapan yang file memegang tampuk pemerintahan dan menerajui Negara sejak 10 Mei 2018.
12. Menguruskan perubahan adalah sesuatu yang saya kira sukar dan mencabar. Tanggungjawab ini telah diberi kepada Tan Sri Ismail untuk memimpin 1.6 juta penjawat awam untuk menghayati perubahan tersebut dan seterusnya bersama-sama melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.
13. Alhamdulillah, hari ini, walaupun terdapat sedikit sebanyak percanggahan di dalam pelaksanaan dasar, ianya lebih kepada kesesuaian antara personaliti dan bukan penentangan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan.
14. Terima kasih kepada Tan Sri Ismail dan penjawat-penjawat awam yang lain kerana telah membantu pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan ini.
INSTITUSI KETUA SETIAUSAHA NEGARA
15. Kita menerima jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ini sebagai satu institusi dan merupakan antara badan terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
16. Seterusnya, KSN juga memainkan peranan menyampaikan dengan kefahaman perkara yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri. Peranan ini penting supaya keputusan dan dasar Kerajaan difahami dan dapat diterima, serta diterjemahkan oleh penjawat awam secara keseluruhan.
17. Peranan KSN sebagai penghubung di antara Anggota Pentadbiran dan penjawat awam adalah penting supaya keputusan dan dasar Kerajaan difahami dan dapat diterima.
18. Hubungan ini perlu difahami dan dihayati kerana Anggota-anggota pentadbiran perlu sedar, sebaik mana dasar yang diperkenalkan jika tidak dilaksana dengan baik oleh penjawat awam, hasilnya boleh membawa kepada kerosakan dan kemunduran.
19. Di pihak penjawat awam pula, perlu ada kesedaran bahawa melaksanakan dasar dan memastikan ia tercapai dengan baik dan jaya adalah satu amanah dan jika tergelincir dari tujuan, objektif tidak tercapai dan yang akan menderita akibatnya ialah rakyat dan rakyat ini termasuk diri kita sendiri.
PROGRAM PEMUKIMAN AHLI-AHLI JEMAAH MENTERI
20. Baru-baru ini, telah diadakan program Pemukiman Ahli-Ahli Jemaah Menteri (Cabinet Retreat) untuk bertukar-tukar pandangan, pendirian serta jangkaan atau harapan bagaimana peranan masing-masing harus dimainkan, samada oleh Anggota Pentadbiran mahupun warga perkhidmatan awam.
21. Saya percaya ia kwa menjadi titik-tolak ke arah kerjasama yang lebih erat dan berkesan di dalam pengurusan Negara terutamanya untuk menjayakan dasar-dasar utama termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12.
22. Saya berpandangan bahawa sinergi antara Anggota Pentadbiran dan perkhidmatan awam yang diterajui oleh Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Perkhidmatan dan Ketua-Ketua Jabatan yang sebahagian besarnya hadir pada malam ini dapat mengukuhkan perjalanan dan chad hadapan Negara kita.
23. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak Kerajaan Malaysia, Anggota Pentadbiran dan seluruh perkhidmatan awam kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ismail Bakar.
24. Saya doakan agar Tan Sri serta keluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat maju jaya di dalam segala usaha yang dilaksanakan selepas ini.
Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Terima kasih.
Salinan-Media-Teks-Ucapan-YAB-PM-bersempena-Majlis-Penghargaan-YBhg-Tan-Sri-Dr.-Ismail-bin-Hj-Bakar-pada-29-Januari-2020Download